21 Jun 2025 - 13:51
Pakar-pakar Di Malaysia Bersuara

Datuk Professor Ismail Sualman, seorang professor yang mempunyai Ph.D di dalam bidang media dan komunikasi yang kini merupakan pensyarah di Universiti Teknologi Mara di Malaysia melantangkan sokongannya bersama negara Iran.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA): Datuk Professor Ismail Sualman, seorang pakar dalam bidang komunikasi dan media dan juga pensyarah di UiTM Malaysia, menyuarakan sokongannya buat pihak Republik Islam Iran di dalam kemelut perang mereka menentang rejim zalim Zionis.

Beliau menyatakan, "Sesungguhnya tindakan Israel menyerang Iran hanya menempa satu masalah besar dan malepetaka kepada Israel". Iran sebuah negara yang berdaulat dan sebuah negara yang mempunyai tamadun, bukan semudah itu untuk dikocar-kacirkan ataupun dibuli oleh mana-mana negara.

Beliau menambah, "Oleh itu saya fikir semua negara Islam harus bangun dan berikan sokongan pada Iran kerana tindakan pencabulan Israel itu amat bertentangan dengan keadaan dan kemaslahatan. Kedaulatan negara perlu dijaga dan oleh itu, tindakan yang perlu dilakukan hanyalah pembalasan kembali ke atas Israel yang selama ini merupakan satu onar kepada negara-negara Islam terutamanya Palestin. Maka oleh itu, tindakan Iran menyerang Isael adalah amat bertepatan dan kami sebagai sebuah negara amat menyokong tindakan berkenaan malah kita mendoakan agar pejuang-pejuang Islam Iran dapat memusnahkan Israel yang selama ini menajdi satu duri dan juga masalah kepada mana-mana negara Islam"
Akhir sekali, beliau menutup dengan berkata, "Oleh itu, marilah kita berdoa agar Iran akan terus menempa kejayaan dan juga mendapat keredhaan Allah supaya terus berjaya dan memusnahkan Israel di mata dunia ini, inshaAllah.

Your Comment

You are replying to: .
captcha